Pengusaha
projek NAT MEGA adalah hasil titik peluh daripada Pn Nur Aishah Tey
Abdullah yang berasal dari Melaka dan telah mengusahakan produk hasilan
kacang soya sejak lebih 7 tahun yang lalu. Beliau telah memulakan
projek ini secara kecil-kecilan dan akhirnya beliau berjaya memperbesar
lagi projek ini sehingga ke hari ini.
|
pengusaha (berbaju merah) menerima lawatan daripada Ketua Menteri Melaka |
|
pengusaha bersama beberapa produk NAT MEGA ENTERPRISE |
|
pengusaha bersama tempe |
Projek ini bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 2003. Pada awalnya
Nat Mega hanya mengusahakan projek tempe sahaja dan diusahakan hanya di
sebuah rumah sewa. Apabila permintaan semakin meningkat tempat
pemprosesan menjadi terhad dan tidak sesuai lagi untuk memproses lebih
keluaran produk-produk hasilan soya. Oleh hal yang demikian, pada awl
tahun 2005, pengusaha telah membeli sebuah bangunan kedai dua tingkat .
Setelah itu, Nat Mega telah berjaya mengembangkan produk hasilan soya
seperti kerepek tempe, air soya, nugget tempe, taufu fah dan
sebagainya.Alahmdulillah, dengan berkat usaha dan sokongan daripada
pelbagai pihak, Nat Mega telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pengguna sehingga ke hari ini.Usaha dan titik peluh Nat Mega
telah mendapat perhatian daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan
Pertanian yang sedikit sebanyak memberi panduan serta sokongan kepada
Nat Mega untuk terus maju pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment